Alhamdulillah. Sedar tak sedar kita sudah masuk hari ke 11 Ramadhan. Masa begitu cepat berlalu. Sepanjang bulan Ramadhan ini ajarlah anak-anak didik prasekolah kita berpuasa. Terutama kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Kalaupun mereka tak mampu untuk berpuasa sehari separuh haripun kira ok dah. Tujuannya adalah untuk mereka melatih diri untuk menunaikan salah satu kewajipan rukun islam. Kesian melihat kanak-kanak berpuasa ni. Macam-macam ragam dan telatah mereka yang ditunjukkan. Tapi janganlah pula memaksa sekiranya mereka tidak berdaya dibimbangi akan memberi kemudaratan kepada mereka. Ok selamat berpuasa semua.
No comments:
Post a Comment