Isu mengenai kenaikan pangkat guru sentiasa hangat dan panas
hinggakan semalam YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran akan
mengadakan Makmal Khas untuk urusan tersebut.Sebelum ini saya telah
menyentuh serba sedikit dalam posting terdahulu berhubung isu ini bilamana ramai
calon yang memohon atau diperakukan menolak tawaran yang diberikan
kepada mereka.
Walau bagaimanapun melalui perjumpaan atau dialog dengan rakan guru,tulisan
melalui forum-forum atau wacana dengan kesatuan masih ramai kalangan guru salah
faham tentang dasar pelaksanaan kenaikan pangkat yang sedia ada. Saya
mengambil peluang ini untuk memberi penjelasan serba-sedikit berhubung beberapa
isu kenaikan pangkat supaya digri kefahaman dapat dipertingkatkan
dan seterusnya dapat membantu guru merebut peluang kenaikan pangkat.
Saya akan memberi fokus berkaitan urusan sekolah rendah.
Dalam laluan kerjaya pangkat PPLD,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah
menetapkan laluan seperti berikut:
- Laluan naik pangkat secara
hakiki - iaitu bagi jawatan-jawatan hakiki di sekolah,ppd,jpn atau
bahagian di KPM seperti GPK,Guru Besar dan Pengelola Gred DGA32 dan DGA34
- Laluan Guru Cemerlang -
gred DGA32,DGA34,DGA38 bertaraf KUP
- Laluan Time Base - DGA32
(KUP)
- Laluan Khas X-PPLD -
DG41(KUP) ,DG44(KUP) untuk GPK dan Guru Besar yang sambung belajar
- Laluan Guru Besar Cemerlang
- DGA38(KUP)
- Laluan Pengelola /Pegawai
Cemerlang - DGA34(KUP),DGA38(KUP)
Bagaimana dengan Guru Penolong yang sambung belajar atau
baru posting sebagai PPPS DG41? Mereka boleh menikmati laluan naik pangkat
sebagai :
- Laluan Guru Cemerlang
DG44(KUP),DG48(KUP),DG52(KUP)....Jusa Khas C
- Laluan Time Base DG44
(KUP), DG48 (KUP)
Mereka tidak boleh menjadi Guru Besar atau GPK
kerana gred mereka DG41 lebih tinggi dari gred DGA32 atau DGA34 GPK dan
Guru Besar. Mereka yang telah menyandang jawatan hakiki GPK dan Guru
Besar terlebih dahulu kemudian sambung belajar akan dikekalkan
atas jawatan yang sama setelah dilantik DG41 dengan memakai DG41(KUP).Dari segi
prinsip gred DG41 bukan gred naik pangkat tetapi mereka dikekal kerana telah
menyandang jawatan itu terlebih dahulu. Maksud KUP kenaikan pangkat diberi
kepada body pemunya bukan jawatannya. Jika pemegang jawatan KUP bersara
pengisian jawatan menggantikannya ialah pada gred asal jawatan tersebut.
Contoh seorang Guru Besar Sekolah A yang gred DG44(KUP) bersara maka calon yang
akan di situ ialah mereka yang terdiri dari Guru Besar DGA34 kerana gred hakiki
Guru Besar sekolah gred A ialah DGA34.
Ramai guru yang sambung belajar atau posting baru tidak berpuashati
kerana mereka seolah-olah tiada peluang menjadi pentadbir. Siapa kata
mereka tiada peluang ? Ada peluang JIKA sistem struktur naik pangkat hakiki
sekolah rendah berubah. Jika KPM mengubah gred jawatan hakiki GPK dan Guru
Besar ke DG44 dan DG48 bukan sahaja mereka layak tetapi semua PPPS juga
layak kecuali ada sekatan guru menengah tidak boleh berpindah ke sekolah
rendah. Keadaan ini kemungkinan besar akan berlaku kerana sekarang calon-calon
guru yang keluar hampir tiada berstatus PPLD semuanya PPPS. Selain dari itu
ramai Guru Besar dan GPK telah mengikuti program siswazah. Maka PPLD akan
beransur hilang dalam sistem perguruan negara sebagai hilangnya guru Darjah 6
dan Guru kelulusan SRP.
Selain dari itu sesetengah guru mendakwa kalau nak naik pangkat kena buat
baik atau membina hubungan rapat dengan pegawai JPN atau PPD.Ianya seolah-olah
memberi gambaran bahawa kenaikan pangkat dasarnya ditentukan oleh
JPN.Mereka lupa bahawa pokok segala kelayakan naik pangkat mereka
bermula dari diri mereka sendiri.Sewajarnya mereka melengkap diri mereka
sendiri jika ingin menjawatan naik pangkat :-
- Guru mesti memohon setiap
tahun. Semua jawatan naik pangkat kena pohon.
- Mempunyai prestasi tiga
tahun yang baik.
- Tiada tindakan tatatertib
- Telah mengistiharkan harta
- Lulus Tapisan SPRM
- Bebas dari peminjam tegar
IPP
- Lulus PTK
- Diperaku oleh Ketua Jabatan
- Lain keistimewaan dan
kebolehan yang boleh dibuktikan
Tugas panel JPN dalam urusan naik pangkat adalah
memanjangkan iklan dari BPSM,menerima dan memproses borang dan dokumen
permohonan yang lengkap,memanjangkan permohonan ke Lembaga Naik Pangkat
KPM,menerima senarai yang diluluskan oleh Lembaga , menawar kepada calon dan
memaklumkan kepada BPSM setuju terima / tolak dari calon.
Urusan naik pangkat diurusetia oleh Unit Naik Pangkat dan
Tatatertib,Sektor Khidmat Pengurusan Pembangunan manakala penawaran
kepada calon sahaja dilakukan oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Sektor
Pengurusan Sekolah berdasarkan prosidur yang ditetapkan.
Penempatan calon naik pangkat juga menjadi isu apa lagi calon-calon ditawarkan
penempatan di luar daerah. Mereka seolah-olah lupa bahawa jawatan naik pangkat
adalah untuk mengisi jawatan kosong yang ada. Lagi pun adalah tidak adil
jika berlaku kekosongan dalam daerah calon baru naik pangkat hendak
ditempatkan di situ sedangkan ada guru dari daerah tersebut yang semasa naik
pangkat sanggup untuk keluar daerah dan bertahun-tahun sudah berada di
sana.Inilah masa untuk mereka kembali berhampiran keluarga dan kampung halaman.
Satu lagi isu yang hangat diperkatakan ialah mengenai pemangkuan GPK dari
guru DGA29 ke DGA32 yang dilaksanakan pada tahun ini.Ramai guru senior
dari gred DGA32(KUP) Time Base menyuarakan perasaan tidak puashati
kerana peluang mereka untuk menjawatan GPK telah ditutup. Ada kalangan guru
DGA29 yang ditawarkan pemangkuan GPK DGA32 menolak tawaran setelah sehari dua
melapor diri kerana tekanan tugas dan rakan dari DGA32(KUP) Time Base.Mereka
ada yang baru berkhidmat 8 tahun.
Iklan pemangkuan telah disiarkan 31 Julai 2009 dan Surat Kuasa Kelulusan
Pemangkuan telah dikeluarkan pada 23 Disember 2009.Ramai kalangan guru
terkhilaf dengan iklan ini. Mereka tidak faham maksud "pemangkuan".Pemangkuan
dalam bahasa mudah mereka yang layak memangku jawatan naik pangkat lebih tinggi
dari yang disandang sekarang selama 6 bulan atau lebih dengan dibayar elaun
memangku sebelum disahkan pelantikan secara hakiki". Mengapa perkara
ini tidak dibuka kepada penyandang DG32(KUP) Time Base;
- Pemangkuan Gred DGA32 tidak
boleh diberi kepada guru DGA32(KUP) Time Base kerana guru DGA32(KUP) Time
Base telah naik pangkat gred DGA32 setara dengan pemangkuan. Guru
DGA32(KUP) Time Base hanya boleh diberi pemangkuan jika mereka naik
pangkat lebih tinggi ke gred DGA34
- Perakuan dan peluang naik
pangkat GPK kepada guru DGA32(KUP) Time Base sebelum ini ramai yang menolak
kerana gaji mereka tidak berubah kerana grednya sama.Hanya elaun
GPK RM60.00 sahaja.Apalagi mereka akan kehilangan BISP jika bukan
opsyen menerima jawatan hakiki.Ramai jawatan GPK tidak dapat diisi dan
lebih mendukacita ditawarkan di sekolah yang samapun tetap menolak.Mereka selesa
dan tidak mahu berpindah. Maka KPM buka peluang ini kepada guru
DGA29.Siapa yang bawa lumpur ????
- Dengan memberi peluang
kepada DGA29 pemangkuan maka jumlah guru yang naik pangkat semakin
ramai.Cuma bezanya naik pangkat secara Time Base tiada jawatan,masih guru
penolong tetapi naik pangkat secara hakiki mempunyai jawatan sama ada
sebagai GPK atau Guru Besar.
Jawatan hakiki ini mempunyai konotasi "kuasa".Justru
itu walaupun gred guru penolong DG41 tetapi Guru Besar dan GPK diberi "tauliah"
yang memberikan mereka "kuasa" mengawalselia guru penolong
dari gred apa sekalipun.
Persoalannya adakah guru penolong Time Base DGA32(KUP) ada peluang untuk
menjadi pentadbir ?
Jawapannya:
- ada jika senarai calon
pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi
- mereka akan diperakukan
jika memenuhi syarat sebagaimana di atas
- tersenarai dalam kelulusan
perakuan yang dikemukakan kepada BPSM/Lembaga
- menerima tawaran
Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base juga berpeluang memohon
jawatan naik pangkat DGA34 dan Guru Cemerlang
Satu perkara lagi bila menyentuh isu naik pangkat majoriti tertumpu
kepada naik pangkat Laluan Hakiki untuk GPK dan Guru Besar sahaja
sedangkan laluan lain seperti Guru Cemerlang terbuka luas seperti
kurang diberi perhatian. Laluan naik pangkat hakiki terikat kepada
kekosongan.Sebagai contoh permohonan untuk mengisi jawatan hakiki DGA34 bagi
2010 negeri Terengganu seramai hampir 1,200 orang sedangkan kekosongan jawatan
adalah lebih kurang 30 orang. Sudah tentu mereka yang terbaik sahaja
akan ditawarkan. Mereka terbaik ditentukan kreteria pemarkahan sebagaimana
berikut:
- prestasi tiga tahun dengan
purata maksima markah 80 %
- ditambah 20% lain-lain
kreteria seperti kursus NPQH,pengalaman,sumbangan dan lain-lain merit yang
pemohon sedia tahu.
Dalam pemerhatian saya tidak akan ada calon yang akan dapat
100% tetapi prestasi majoriti calon boleh maintance untuk dapat
75 % hinmgga 78%.Mereka banyak gagal dalam mencapai markah 20% .Kalau
prestasi dapat 78% campur 10% baru dapat 88%. Sewajarnya calon bukan sahaja
menjaga prestasi tetapi juga kreteria 20% juga.
Adalah menjadi harapan kami dengan penjelasan ringkas ini dapat memberi sedikit
kefahaman kepada kaum guru sekolah rendah terutamanya mengenai peluang
naik pangkat,proses dan unit-unit yang terlibat. Cuma satu ingat kami jika tidak
berminat dan tidak sanggup berganjak tidak payahlah minta naik pangkat
kerana ianya seakan menutup peluang rakan-rakan yang lain. Apapun yang
harus diingat pokok utama kelayakan dan keupayaan untuk naik pangkat
bermula dari diri sendiri...ukurlah betul-betul.
Rujukan : http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2010/04/isu-kenaikan-pangkat-guru-sekolah.html