Friday, May 28, 2010

Tip kurangkan anak menonton TV

Oleh : Farid

Cuba tanya rancangan TV yang diminati kepada anak-anak prasekolah. Sudah tentu macam-macam jawapan yang diberikan. Sampai kita sendiri pun tak tahu rancangan tersebut. Tapi hal ini berlaku dikalangan kanak-kanak kerana mereka barangkali terlebih menonton TV. Ya, kalau balik dari sekolah cuba tengok tingkah laku anak-anak kita. Apa dia nak buat agaknya?. Sudah tentu dia akan membuka TV, dan akan mengadapnya berjam-jam lamanya tanpa merasa jemu terutamanya rancangan kartun. Nampak macam lebih-lebih tu, dah tentu memberi kesan buruk pada anak-anak.

Disini ada beberapa tip bagaimana cara untuk mengurangkan menonton TV :

1. Jangan letak TV di ruang tamu, hal ini disebabkan perkara utama apabila kita pulang dari kerja sudah tentu kita akan ternampak tv terdahulu dan ia merangsang kepada kita untuk membukanya. Kadang-kadang kita membukanya tanpa ada sesiapa melihatnya. Sebaik-baiknya perlulah disediakan satu bilik khas untuk menonton tv

2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini memberi kebebasan kepada anak-anak membukanya tanpa had dan pengawasan. Mereka mungkin akan terlebih menonton tv dan mengabaikan kerja-kerja sekolah.

3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ibu bapa harus mengadakan jadual waktu tempoh dan masa tertentu kepada anak. Contohnya menghadkan hari dan masa tertentu kepada mereka. Contohnya, mereka boleh menonton tv hanya 5 hari seminggu dengan menghadkan jam tertentu dan mencadangkan rancangan-rancangan tertentu yang boleh ditonton oleh mereka yang boleh memberi kebaikan dan pengetahuan yang berguna.

4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Demi anak-anak, ibu bapa perlulah berkorban menonton tv dan memikirkan aktiviti luaran yang dapat menajamkan minda anak-anak. Anak-anak akan mengikut contoh tauladan daripada ibu-bapa. Banyak perkara lain yang boleh dilaksanakan seperti membawa anak-berjoging, membaca buku, bermain di taman permainan dan sebagainya.

Kebijaksanaan dalam mengatur aktiviti dan program memberi kesan kepada anak-anak kita. Fikirkanlah sebaik-bainya kerana setiap perkara yang hendak dilakukan mengandungi kesan positif dan negatif. Kesannya bukan hanya dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang. Renung-renungkanlah.......

Tuesday, May 25, 2010

PROGRAM LINUS PERLU DIMULAKAN PADA PERINGKAT PRASEKOLAH


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “BUNGAJAMBUL” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 07 Mei 2010.

KPM merujuk kepada SMS – Murid tahun Satu tidak boleh menguasi kemahiran asa membaca, menulis dan mengira, mengapa hanya guru Tahun Satu dipersalahkan? Mengapa guru tadika dan prasekolah lepas tangan? Program Literasi dan Numerasi (LINUS) patut dimulakan.

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bertujuan untuk mengenal pasti murid yang celik huruf dan celik nombor di Tahun 1. Program Linus dapat membantu guru merancang tindakan susulan agar semua murid boleh menjadi celik huruf dan celik nombor kelak. Kementerian Pelajaran tidak pernah menyalahkan guru Tahun 1 atau guru prasekolah atas kewujudan murid yang belum dapat membaca dan mengira. Program Linus direkabentuk untuk membantu guru dan murid.

Di bawah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, murid prasekolah diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran asas dalam literasi dan numerasi sebagai persediaan untuk masuk ke Tahun 1. Murid akan belajar huruf, perkataan mudah, ayat tunggal yang mudah, pratulis, pranombor, nombor dan operasi matematik yang mudah. Antara kemahiran utama yang difokuskan adalah kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membilang.

Objektif utama adalah memberi early start serta membina keyakinan pada diri murid agar mereka suka belajar dan terbina konsep kendiri yang positif. Penguasaan literasi dan numerasi awal di peringkat prasekolah perlu dicapai secara informal dan bukan secara tertekan melalui ujian seperti dalam Linus.

Sumber: Berita Harian bertarikh 07 Mei 2010

Saturday, May 22, 2010

Perkembangan kognitif kanak-kanak

Perkembangan kognitif adalah proses yang mana fahaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman (Feldman, 1994). Teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004).

Siapa Jean Piaget?

Sebelum kita mengetahui mengenai teori perkembangan kanak-kanak maka eloklah kita mengenali dahulu siapakah tokohnya.

Jean Piaget (1869-1980) ialah seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak. Beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkah-laku kanak-kanak. beberapa pendapat, seperti yang diutarakan oleh Dasen dan Heron (1984) mengatakan yang teori perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori psikologikal tetapi ialah satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah pengetahuan (Philosophy of Knowledge) yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai umur dan perkembangan. walau bagaimanapun, melalui kedaan ini, Piaget telah berjaya mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kana-kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat (Mahamood Nazar Mohamed, 2001).

Tahap Praoperasi (2-7 tahun).

Pada tahap kanak-kanak awal ini, Piaget menamakannya sebagai Tahap Praoperasi (2-7) tahun. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu:

I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah lakunyang ketara seperti kebolehan mengira.
II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang kemajuan dan sesuatu objek dan sebagainya.

Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ingatan adalah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memoranda mental mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula ialah proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di bahagian mental (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).

Piaget telah membahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu:
I. Tahap Prokonseptual (2-4 tahun) dan
II. Tahap Praoperasi (4-7 tahun).

Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang ada dalam pemikirannya.

Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan peralihan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri' (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).

Tahap yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Mereka juga menggunakan symbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana dunia keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja (Asmawati Desa, 2004).

Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubnug dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa amaun, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk atau susunannya diubah. Contohnya apabila segumapal tanah liat yang di bentuk segi tiga yang kemudiannya diubah membentuk segi empat tanpa mengubah amaunnya, mereka mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi empat itu lebih besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa, 2004).

RUJUKAN:

Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://assyifaa.blogdrive.com/archive/105.html

Tuesday, May 18, 2010

Tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak


DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.

DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah.

Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga hingga 12 peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi secara umumnya kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami gejala lain.

Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga sembilan tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa.

Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-kanak yang berdengkur ini mengalami masalah kerap terjaga ketika tidur (apnea tidur); iaitu satu keadaan yang dianggap antara penyumbang penting kepada masalah kelakuan di kalangan kanak-kanak.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada dengkuran anak anda adalah dengkuran biasa atau apnea tidur? Kanak-kanak yang berdengkur dan tidak mengalami apnea tidur sepatutnya sihat, cergas, tidak mengantuk pada siang hari dan mempunyai corak tidur yang normal. Sebaliknya apnea tidur menyebabkan tidur anak anda terganggu — nafasnya terhenti, mendengus atau tercungap ketika tidur.

Kanak-kanak yang ada masalah ini mungkin mengalami masalah tingkah laku, mengantuk pada siang hari dan sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah.

Punca

Dengkuran pada kanak-kanak boleh disebabkan tiga perkara iaitu:

# Bentuk anatomi — seperti rahang mulut yang kecil atau kanak-kanak berkenaan dilahirkan dengan saluran pernafasan yang kecil.

# Otot dan saraf yang mengawal otot pada saluran pernafasan tidak bergerak seiringan ketika tidur dan menyebabkan saluran pernafasan tidak terbuka sepenuhnya.

# Tonsil dan adenoid bengkak (punca paling lazim)

Mengapa ibu bapa perlu risau jika anak mereka berdengkur?

Dengkuran boleh menjejaskan kualiti tidur anak anda dan lain-lain keadaan yang membabitkan otak dan jantung. Malangnya ada ibu bapa tidak kisah anak mereka berdengkur, malah ‘bangga’ kerana anak mereka ‘seperti orang dewasa kecil yang berdengkur seperti ahli keluarga’.

Dengkuran pada kanak-kanak bukan perkara lucu. Ia menandakan kanak-kanak berkenaan mempunyai masalah dan dengkuran mereka perlu diperiksa.


Bagaimana dengkuran pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa?

Prinsip dengkur pada kanak-kanak hampir sama dengan orang dewasa. Dengkuran adalah bunyi pernafasan yang kuat disebabkan getaran udara yang memasuki saluran pernafasan atas. Secara umumnya ia hanya bunyi. Namun ia juga menandakan adanya rintangan pada saluran pernafasan atas yang bermakna rintangan udara untuk melalui saluran ini adalah tinggi.

Ketika tidur, otot juga berehat sedikit dan ia menyebabkan saluran udara menjadi kecil dan sempit. Namun jumlah udara yang masuk adalah sama, sama ada ketika tidur atau jaga.

Berdengkur juga boleh menjadi petanda kepada masalah lebih serius seperti apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan atas. Kira-kira tiga peratus kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun mengalami masalah ini yang boleh menyebabkan pelbagai keadaan lain.

Perbezaan antara apnea tidur dan sindrom rintangan saluran pernafasan atas

Kanak-kanak yang ada masalah sindrom rintangan saluran pernafasan atas kadangkala terjaga kerana dengkuran terlalu kuat atau dengkuran itu menggunakan banyak tenaga mereka. Namun tahap oksigen dan karbon dioksida dalam darah atau tisu kanak-kanak ini tetap sama seperti orang lain.

Bagi apnea tidur, saluran pernafasan ini kadangkala ‘runtuh’ sehingga menutup saluran pernafasan dan tidak terbuka. Kanak-kanak biasanya terpaksa ‘berjuang’ untuk bernafas kerana udara tidak masuk.

Akibatnya paras gas oksigen berkurang dan karbon dioksida meningkat yang menyebabkan kanak-kanak terjaga untuk bernafas. Ada kanak-kanak yang terjaga 500 hingga 600 kali semalam hanya untuk bernafas dan kembali tidur.

Adakah dengkuran yang kronik pada kanak-kanak berbahaya?

Pakar kesihatan tidak pasti mengenai perkara ini. Berdengkur bukan perkara normal tetapi ia tidak semestinya memerlukan rawatan. Yang pasti, jika anak anda kerap terjaga malam kerana berdengkur, ia menunjukkan dia mengalami masalah apnea tidur atau sindrom rintangan saluran pernafasan yang perlu dirawat.

Risiko apnea tidur

Obesiti adalah faktor risiko paling utama. Jika anda baring dan banyak lemak pada leher, ia menambah tekanan pada tisu yang sudah berehat dan membuatkan saluran pernafasan menjadi lebih kecil.

Kanak-kanak dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai risiko apnea tidur mempunyai risiko lebih tinggi. Selain itu kanak-kanak Sindrom Down, ada masalah hipotonia (otot lemah) dan mengalami penyakit neuromuskular lebih berisiko tinggi mendapat apnea tidur berbanding kanak-kanak lain.

Pada kanak-kanak alahan, lapisan dalaman hidung akan membengkak menyebabkan adenoid membesar, menyempitkan saluran udara dan menyukarkan mereka bernafas melalui hidung. Sesetengah kanak-kanak asma mengalami masalah ini. Dua masalah boleh berlaku serentak walaupun mempunyai mekanisma berbeza. Bagaimanapun, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok juga berisiko tinggi untuk berdengkur.

Kesan berdengkur

Dengkur boleh mendatangkan kesan jangka pendek yang menyebabkan anak anda berasa letih selepas bangun tidur. Daya tumpuannya terhad, sukar menumpukan perhatian, berasa resah gelisah pada waktu pagi dan kerap mengantuk.

Mereka juga mungkin kencing di tilam kerana bagi mereka yang lebih penting ialah keinginan untuk tidur. Ada juga kanak-kanak yang bermimpi buruk.

Oleh kerana tidur mereka terganggu, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah seolah-olah seperti kanak-kanak yang alami gangguan tumpuan dan hiperaktif. Contohnya kanak-kanak yang melawan rasa mengantuk akan berkelakuan hiperaktif, mula mengacau orang lain dan akhirnya meragam.

Keesokan harinya, kanak-kanak ini sukar menumpukan perhatian dan duduk diam di dalam bilik darjah. Jika diberi rawatan, masalah hiperaktif ini akan hilang.

Apnea tidur juga menjejaskan pelajaran. Jika tidak cukup tidur, otak tidak mendapat cukup oksigen dan anak anda kehilangan sel otaknya. Dalam tempoh pembangunan minda, keupayaan kognitif kanak-kanak ini akan terjejas.

Dalam kajian beberapa tahun lalu mendapati kanak-kanak yang tidak cukup tidur kurang cemerlang di sekolah. Kajian juga mengesahkan kesan kekurangan tidur ini boleh berlarutan sepanjang hayat kerana IQ kanak-kanak menjadi rendah.

Selain itu paras oksigen rendah juga boleh memberi kesan kepada sistem saraf dan menyebabkan tekanan pada jantung. Lama kelamaan ia mengubah tekanan darah sehingga membuatkan kanak-kanak mengalami tekanan darah tinggi. Pada orang dewasa, keadaan biasanya lebih serius.

Kekurangan tidur juga boleh mempengaruhi tabiat makan seseorang. Jika kurang tidur, anda cenderung untuk makan lebih banyak keesokan harinya (terutama makanan mengandungi banyak lemak dan gula).

Jika penat dan tidak bersenam, anda menjadi lebih gemuk dan menyebabkan masalah apnea tidur lebih serius. Ini akhirnya menjadi perangsang kepada masalah kolesterol tinggi, kencing manis dan risiko sakit jantung pada usia yang lebih muda.

Rawatan

Rawatan untuk kanak-kanak berbeza sedikit daripada orang dewasa. Pada orang dewasa, oleh kerana masalah dengkur disebabkan obesiti, rawatan menggunakan mesin CPAP (tekanan saluran udara positif berlarutan) boleh membantu.

Oleh kerana masalah dengkur kanak-kanak berpunca daripada tonsil dan adenoid yang besar, rawatan terbaik ialah menghantar mereka berjumpa pakar bedah telinga, hidung dan tekak. Kira-kira 85 hingga 90 peratus kes berjaya diselesaikan.

Bagaimanapun masalah ini boleh berulang semula apabila mereka dewasa. Kanak-kanak yang jalani pembedahan akan dipantau 24 jam di hospital.

Jika pembedahan tidak berjaya (10 peratus terutama pada kanak-kanak obes), mereka boleh diberi rawatan CPAP atau BIPAP (tekanan positif saluran pernafasan dua paras).

Sumber: www.hmetro.com.my

Sunday, May 16, 2010

Lawatan Penanda Aras Ke Pra SK Tanah Merah



Satu lawatan penanda Aras telah dilakukan oleh warga Prasekolah SK Seri Dusun Ke Prasekolah SK Tanah Merah. Sekolah tersebut mendapat anugerah pra 5 bintang peringkat daerah Pendang. Lawatan tersebut bermula pukul 10.00 dan berakhir pukul 12.30 Tengahari. Alhamdulillah, hasilnya kami dapat melihat beberapa petunjuk baru untuk penambahbaikan di pra kami agar lebih menarik. Secara peribadinya, saya dapati Prasekolah SK Tanah Merah amat menarik sama ada di dalam mahupun luaran. Banyak program pendidikan yang dapat mereka lakukan. Antara aktiviti yang meanarik ialah berkaitan aktiviti pendidikan lalu lintas jalanraya, kolam ikan air tawar kebun sayur serta port permainan kecil seperti ketinting.
Semua warga Pra SKSD mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran terutama GB, semua PK, guru pra, PPM serta semua warga SK Tanah Merah di atas kerjasama yang baik kepada pihak kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online