Perkembangan kognitif adalah proses yang mana fahaman kanak-kanak mengenai dunia berubah mengikut tahap umur dan pengalaman (Feldman, 1994). Teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004).
Siapa Jean Piaget?
Sebelum kita mengetahui mengenai teori perkembangan kanak-kanak maka eloklah kita mengenali dahulu siapakah tokohnya.
Jean Piaget (1869-1980) ialah seorang pakar biologi Switzerland dan pakar psikologi kanak-kanak. Beliau telah banyak membuat kajian ke atas tingkah-laku kanak-kanak. beberapa pendapat, seperti yang diutarakan oleh Dasen dan Heron (1984) mengatakan yang teori perkembangan kognitif Piaget bukannya suatu teori psikologikal tetapi ialah satu pandangan epistemologi, iaitu suatu falsafah pengetahuan (Philosophy of Knowledge) yang diperolehi melalui pemerhatian terperinci yang dilakukan ke atas beribu-ribu kanak-kanak pada pelbagai umur dan perkembangan. walau bagaimanapun, melalui kedaan ini, Piaget telah berjaya mengemukakan konsep-konsep tentang perkembangan kana-kanak yang telah diterima sebagai satu teori komprehensif yang meliputi kesemua budaya dan masyarakat (Mahamood Nazar Mohamed, 2001).
Tahap Praoperasi (2-7 tahun).
Pada tahap kanak-kanak awal ini, Piaget menamakannya sebagai Tahap Praoperasi (2-7) tahun. Mengikut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku ditahap ini iaitu:
I. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah lakunyang ketara seperti kebolehan mengira.
II. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
III. Hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku umpama gambaran mental asas tentang kemajuan dan sesuatu objek dan sebagainya.
Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Ingatan adalah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memoranda mental mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula ialah proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di bahagian mental (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).
Piaget telah membahagikan tahap praoperasi kepada dua sub tahap iaitu:
I. Tahap Prokonseptual (2-4 tahun) dan
II. Tahap Praoperasi (4-7 tahun).
Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang ada dalam pemikirannya.
Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan peralihan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri' (Asmah Bee Mohd Noor, 2000).
Tahap yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa. Mereka juga menggunakan symbol dalam permainan. Contohnya menganggap buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana dunia keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja (Asmawati Desa, 2004).
Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubnug dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa amaun, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk atau susunannya diubah. Contohnya apabila segumapal tanah liat yang di bentuk segi tiga yang kemudiannya diubah membentuk segi empat tanpa mengubah amaunnya, mereka mengatakan bahawa tanah liat yang berbentuk segi empat itu lebih besar daripada yang berbentuk segi tiga tadi (Asmawati Desa, 2004).
RUJUKAN:
Asmah Bee Mohd Noor, 2000. Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmawati Desa, 2004. Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Mahmood Nazar Mohamed, 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamiah Hj Manap, 20007. Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia. Universiti Kebangsaan Malaysia.
http://assyifaa.blogdrive.com/archive/105.html
TEMA SAYUR SAYURAN
-
Aktiviti simple je hari ni. Murid mewarna sayur-sayuran dan lable nama
sayur.
Save image yer if bermanfaat bolehlah jadikan lembaran kerja untuk anak2.
Se...
7 years ago
No comments:
Post a Comment