Friday, May 28, 2010

Tip kurangkan anak menonton TV

Oleh : Farid

Cuba tanya rancangan TV yang diminati kepada anak-anak prasekolah. Sudah tentu macam-macam jawapan yang diberikan. Sampai kita sendiri pun tak tahu rancangan tersebut. Tapi hal ini berlaku dikalangan kanak-kanak kerana mereka barangkali terlebih menonton TV. Ya, kalau balik dari sekolah cuba tengok tingkah laku anak-anak kita. Apa dia nak buat agaknya?. Sudah tentu dia akan membuka TV, dan akan mengadapnya berjam-jam lamanya tanpa merasa jemu terutamanya rancangan kartun. Nampak macam lebih-lebih tu, dah tentu memberi kesan buruk pada anak-anak.

Disini ada beberapa tip bagaimana cara untuk mengurangkan menonton TV :

1. Jangan letak TV di ruang tamu, hal ini disebabkan perkara utama apabila kita pulang dari kerja sudah tentu kita akan ternampak tv terdahulu dan ia merangsang kepada kita untuk membukanya. Kadang-kadang kita membukanya tanpa ada sesiapa melihatnya. Sebaik-baiknya perlulah disediakan satu bilik khas untuk menonton tv

2. Jangan letak TV di dalam bilik tidur anak-anak. Ini memberi kebebasan kepada anak-anak membukanya tanpa had dan pengawasan. Mereka mungkin akan terlebih menonton tv dan mengabaikan kerja-kerja sekolah.

3. Hadkan masa menonton TV dan juga hadkan kepada rancangan-rancangan tertentu sahaja. Ibu bapa harus mengadakan jadual waktu tempoh dan masa tertentu kepada anak. Contohnya menghadkan hari dan masa tertentu kepada mereka. Contohnya, mereka boleh menonton tv hanya 5 hari seminggu dengan menghadkan jam tertentu dan mencadangkan rancangan-rancangan tertentu yang boleh ditonton oleh mereka yang boleh memberi kebaikan dan pengetahuan yang berguna.

4. Ibu bapa mestilah berkorban untuk kebaikan anak-anak. Demi anak-anak, ibu bapa perlulah berkorban menonton tv dan memikirkan aktiviti luaran yang dapat menajamkan minda anak-anak. Anak-anak akan mengikut contoh tauladan daripada ibu-bapa. Banyak perkara lain yang boleh dilaksanakan seperti membawa anak-berjoging, membaca buku, bermain di taman permainan dan sebagainya.

Kebijaksanaan dalam mengatur aktiviti dan program memberi kesan kepada anak-anak kita. Fikirkanlah sebaik-bainya kerana setiap perkara yang hendak dilakukan mengandungi kesan positif dan negatif. Kesannya bukan hanya dalam jangka masa pendek sahaja tetapi juga dalam jangka masa panjang. Renung-renungkanlah.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online