Alhamdulillah, lawatan sambil belajar murid prasekolah dan waris ke Alor Setar berjalan sepertimana yang dirancangkan. Seramai 39 orang peserta menyertai lawatan ini. Destinasi pertama yang dituju ialah Pusat kraftangan cawangan negeri Kedah. Di situ, kami telah melalui banyak pengalaman baru dalam aktiviti program pendidikan seperti melihat cara membuat batik, membuat kertas, labu sayung dan banyak lagi. Bagi para pelajar pula, pihak kraftangan menyediakan aktiviti mewarna di atas seramik. Terima kasih kepada pihak pengurusan kraftangan terutamanya Pn. Azizah ( Bahagian Promosi) yang membimbing dan memberi penerangan yang berinformasi sepanjang di sana. Kemudiannya lawatan diteruskan dengan melawat rumah Tun Mahadhir ( Mantan Perdana Menteri), Muzium Negeri dan Pekan Rabu. Rombongan tiba di SK Seri Dusun pada pukul 6.00 petang.
Cuti Pertengahan Tahun
-
Cuti penggal pertengahan tahun 2012 dah pun tiba....yeehhh...seronok
sangat...dah lama rasanya tak merehatkan minda dari mengingatkan kerja di
sekolah...S...
2 days ago


Tahniah cikgu Farid,Cikgu Liza,Mak Ngah dan Kak Ida yang bertungkus lumus menjayakan program lawatan tersebut.Pengalaman "hand on" amat penting kepada pelajar-pelajar Pra Sekolah. Tahniah dan teruskan aktiviti yang baik ini.
ReplyDelete