Wednesday, June 16, 2010

GURU-GURU PRASEKOLAH MERAYU ELAUN DIKAJI


“Kami guru-guru prasekolah merayu kepada Menteri Pelajaran mengkaji elaun-elaun yang sewajarnya untuk kami seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan dalam pendidikan khas”

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk dan memberi maklum balas kepada SMS “PEKA” dalam akhbar KOSMO bertarikh 11 June 2010 seperti kenyataan di atas.

Pada masa kini, semua guru yang mengajar prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menikmati bayaran gaji dan elaun atau insentif yang sama seperti mana-mana guru lain. Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), guru-guru lepasan Diploma menikmati gaji minimum RM 1,405.71 dan gaji maksimum RM 4,4497.26. Manakala bagi guru-guru lepasan Ijazah, mereka menikmati gaji minimum RM 1,474.65 dan gaji maksimum RM 5,846.38. Walaubagaimanapun, para guru tidak semestinya menerima gaji permulaan pada tangga gaji minimum kerana penetapan gaji masuk adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik yang dimiliki.

Selain daripada gaji, para guru termasuk guru prasekolah juga menikmati pelbagai jenis elaun yang terdiri daripada elaun tetap seperti Elaun Perumahan, Elaun Khidmat Awam atau Elaun Keraian dan beberapa elaun lain mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.

Untuk makluman, pemberian elaun dan insentif dibuat berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti kepakaran, kemahiran, kepentingan sesuatu perkhidmatan, bayaran balik perbelanjaan, tanggungjawab tambahan, kos sara hidup, risiko kerja, kesusahan, galakan dan keanehan tugas atau perkhidmatan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online