Wednesday, March 7, 2012

SBPA dibatalkan kembali kepada SSM

PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa.

Antara intisari ucapannya:

Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %

* Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
* SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing
* Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
* COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
* Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
* Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online