Tuesday, October 19, 2010

SERI DUSUN GEMILANG



Siji-sijil Pengiktirafan

HALA TUJU KEPIMPINAN
SK Seri Dusun terletak di kawasan luar bandar dalam Daerah Sik salah sebuah daerah yang terpencil dari pembangunan telah berjaya mengukir nama di peringkat kebangsaan. Julung-julung kali sekolah rendah luar bandar berjaya mengukir nama di peringkat kebangsaan. Komitmen tinggi di kalangan pentadbir, guru, staf sokongan, ibubapa dan komuniti setempat telah berjaya mengukir nama SK Seri Dusun sebagai;
1. Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2004
2. Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Peringkat Kebangsaan 2005
3. Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007
4. Calon Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan

Beberapa tips hala tuju kepimpinan sebagai resepi kejayaan dikongsi bersama kepada sesiapa yang berminat untuk membawa kejayaan kepada sekolah.

Visi, Misi Sekolah :

Visi dan Misi digubal secara bersama oleh pihak pengurusan sekolah dengan mengambil kira keperluan dan kemampuan organisasi untuk merialisasikan budaya cemerlang. Kefahaman seluruh warga SK Seri Dusun terhadap visi dan misi telah banyak membantu kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang.

Kepimpinan

Kepimpinan menjurus kepada “smart interpersonal relationship networking” telah membuka ruang kepada semua warga SK Seri Dusun untuk lebih kreatif dan berinovasi di samping meningkatkan esteem kendiri dan menyerlahkan rasa sepunya. Pelbagai kaedah digunakan bagi memupuk budaya sepunya dan meningkatkan kualiti kerja.

Struktur Organisasi Sekolah

Struktur Organisasi di sebarkan dan dipamerkan untuk penghayatan seluruh warga SK Seri Dusun. Setiap ahli organisasi memahami bidang tugas dan lengkaran amanah yang perlu disempurnakan.

Perancangan

Perancangan strategik 5 tahun dibuat. Perancangan strategik tahun semasa juga di buat bagi memudahkan kesepaduan kerja dan perlaksanaan secara sistematik. Perancangan sentiasa mengambil kira pelan taktikal dan KPI yang perlu dicapai.

Iklim

Semua staf diberikan kebebasan tanpa mengenepikan garis panduan dan pekeliling yang sedia ada. Disiplin kerja dipupuk bersama motivasi dan ganjaran yang selalu diberikan. Waris selalu dilibatkan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

Pengurusan dan pembangunan sumber.

Pengurusan sumber meliputi aspek perkhidmatan, kewangan, pejabat, bangunan dan alatan dan bahan diurus dengan baik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Pengurusan Program Kurikulum/ KoKurikulum/ HEM

Program Kurikulum/ KoKurikulum/ HEM dirancang dengan teliti secara musyawarah. Takwim aktiviti dibuat dan perlaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan.Sasaran pencapaian sentiasa diutamakan di samping penganugerahan dan pengiktirafan diberikan. Sediakan laporan setelah aktiviti dijalankan.

P&P

Buku RPM guru dilengkapkan dengan memastikan jadual waktu, rancangan harian dan mingguan dibuat. Sukatan dan huraian sukatan disediakan. Pengajaran guru mengikut pelbagai kaedah terkini bersama ABM & ABB yang mencukupi. Latihan dan semakan buku latihan dibuat. Tindak ikut pelajar bermasalah dibuat. Guru bertindak sebagai pemudah cara.

Pembangunan Sahsiah

Pelajar diberikan tugas dan peranan yang sewajarnya disamping pelbagai peluang diberikan. Pengiktirafan dan ganjaran selalu diberikan kepada mereka. Penghayatan nilai murni selalu dibuat bagi mengatasi masalah disiplin.

Penilaian Pencapaian Murid

Dibuat secara adil menerusi ujian dan peperiksaan yang mana keputusan direkodkan. Sahsiah pelajar dinilai dengan baik dan lebih proaktif. Post mortem sentiasa dilakukan untuk peanambahbaikan.

Kemenjadian murid

Kurikulum - peningkatan dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam iaitu UPSR dari tahun 2003 hingga 2008.
HEM – Peningkatan disiplin pelajar dan pembentukan sahsiah murni seringkali diamalkan
Ko Kurikulum – Pencapaian dalam bidang permainan ,kelab persatuan dan unit berunifom di peringkat daerah dan negeri.

Kokurikulum

Penglibatan dengan jayanya kokurikulum 2002-2008 contohnya Sahsiah – pelajar lebih berdisiplin dalam aktiviti yang dilakukan. Kurang membuang sampah, menghormati, bermotivasi, rajin, proaktif, cergas dan pintar.

Rumusan

Warga SK Seri Dusun semakin mantap dengan budaya kerja yang mengaplikasikan Smart Kreatif Sistematik dan Dinamik. Halatuju yang jelas telah menyepadukan pelbagai usaha daripada pelbagai sumber untuk menjana kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Dusun. Plan Tindakan SKSD Maju 2008 banyak membantu menyemarakkan semangat warga SKSD untuk lebih dinamik dan bakal merealisasikan SK Seri Dusun sebagai sekolah ternama dalam Negara Malaysia.

Realiti

2004 Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar

2005 Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar

2007 Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar

RUJUKAN : http://gbseridusun.blogspot.com/2009/11/seri-dusun-gemilang.html

Monday, October 18, 2010

ADAB BELAJAR MENGIKUT AL-GHAZALI

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Rujukan http://www.pekdismersing.com

Monday, October 11, 2010

PEMANTAUAN KE ATAS PRA SK SERI DUSUN





Pada hari Selasa bersamaan 12 Oktober 2010, pemantauan Prasekolah dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah ke Pra SK Seri Dusun telah berlangsung. Pemantauan tersebut telah dilakukan oleh En. Ghazali b. Md Isa merupakan Penolong Pengarah Kanan Prasekolah di Unit Pengurusan Prasekolah dari JPN Kedah. Antara pemantauan yang dilakukan berdasarkan item-item yang terdapat dari borang pemantauan PPBPSH –A dan PPBPSH –B.

Sunday, October 3, 2010

SELAMAT DATANG JPN SABAH DAN PPD KUDAT KE SK SERI DUSUN













Hari ini, SK Sri Dusun mendapat kunjungan dari warga Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kudat, Pengetua serta Guru Besar daerah Kudat. Turut mengiringi rombongan tersebut ialah dari wakil JPN Kedah dan wakil PPD daerah Baling/Sik. Sebanyak 2 buah bas telah tiba di SK Seri Dusun pada pukul 9.45 pagi. Ahli rombongan mendengar taklimat berkaitan SK Seri Dusun daripada PK Kokurikulum En. Nazeli di dewan Annur. Peserta rombongan juga melawat kawasan sekolah termasuklah Prasekolah.

Thursday, September 30, 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU PRASEKOLAH DALAM ICT TAHUN 2010






Dimaklumkan bahawa kursus di atas akan diadakan seperti ketetapan seperti di bawah :

Tarikh : 05 okt-07 Okt 2010
Tempat : Hotel Corpthorn Pulau Pinang
Jalan Tanjung Bunga, Pulau Pinang
Pendaftaran : 2.00 pm-3.00pm (5 Okt 2010)

Peserta yang terlibat boleh mendownload surat kursus tersebut di atas. Caranya hanya perlu klik sebelah kanan mouse pada imej surat dan klik pada" save image as"sahaja

Monday, September 20, 2010

Selamat Menduduki UPSR


Bermula tarikh 21-23 September 2010 Semua murid tahun 6 di seluruh negara akan menduduki peperiksaan UPSR. Kepada semua calon UPSR SK Seri dusun diharapkan kejayaan cemerlang akan dapat dicipta pada tahun ini. Selamat Berjaya......

Tuesday, July 6, 2010

MENGUAP DAN BERSIN MENURUT ISLAM

Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada 5 (lima), menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengantar jenazah, memenuhi undangan dan menjawab orang bersin. (HR. al Bukhari dan Muslim, hadits no. 900 pada Tarjamah Riyadush Shalihin).
Sedangkan tata cara berbalas perkataan ketika seseorang yang sedang bersin, juga sudah diatur dalam sebuah hadits dari sahabat Ali bin Abi Thalib;
Dari Ali Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila salah seorang di antara kalian bersin, hendaklah mengucapkan alhamdulillah, dan hendaknya saudaranya mengucapkan untuknya yarhamukallah. Apabila ia mengucapkan kepadanya yarhamukallah, hendaklah ia (orang yang bersin) mengucapkan yahdiikumullah wa yushlihu balaakum (artinya = Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki hatimu).” (Hadits Riwayat Bukhari.)

Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut memerlukan oksigen dan nutrisi; dan kerana organ pernafasan kurang dalam menyuplai oksigen kepada otak dan tubuh.
Dan hal ini terjadi ketika kita sedang kantuk atau pusing, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian.
Dan menguap adalah aktivitas menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!! Karena mulut bukanlah organ yang disiapkan untuk menyaring udara seperti hidung.
Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai jenis mikroba dan debu, atau kutu bersamaan dengan masuknya udara ke dalam tubuh. Oleh karena itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.

Bersin adalah lawan dari menguap yaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut.
Maka akan terkuras dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan. Oleh karena itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaithan sebab ia mendatangkan bahaya bagi tubuh. Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap.

Sumber : http://masmoi.wordpress.com

Monday, July 5, 2010

Jangan Kata “JANGAN”


Kita selalu dengar, pakar motivasi kata…Jangan Kata “JANGAN” di Hadapan Anak

“Uzair, JANGAN panjat!! Nanti jatuh...”

“Fatimah, JANGAN pegang telur tu!! Nanti pecah! Telur sekarang mahal tau!”

“Aiman, JANGAN main kat luar!! Hari panas ni, nanti hitam..”

JANGAN buat itu… JANGAN buat ini…JANGAN, JANGAN,

JANGAAAAN!!!

Apa sebenarnya yang terjadi jika kita “jangan” di hadapan anak kita?

Jangan fikir tentang bola. Saya tahu..anda baru sahaja fikirkan tentangnya bukan? :) Ini kerana, setiap kali kita menyebut “jangan”, minda bawah sedar kita akan menapis perkataan “jangan”. Minda tidak akan menangkap perkataan “jangan” tetapi ia akan menangkap perkataan selepas jangan.

“Uzair, JANGAN panjat!! “

Apa yang terjadi? Uzair akan panjat ke tempat yang lebih tinggi.

“Fatimah, JANGAN pegang telur tu!! Nanti pecah!

Fatimah akan ambil bukan 1 biji telur, malah 2 biji telur. Dan tak lama kemudian, ting! telur pun pecah!

Ini kerana;

“The Law of Attraction responds the same way you mind does: It hears what you DON’T want. When you hear yourself make a statement containing the words don’t, not or no, you are actually giving attention and energy to what you DON’T want“ (Michael J. Losier)

Dan perkara ini merupakan Sunnatullah;

Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu…” (H.R Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dll)

Bila kita cakap dan fikir, “nanti jatuh”, maka anak kita akan jatuh.

Bila kita cakap dan fikir,”nanti pecah”, maka barang yang disentuh anak kita akan pecah.

Jadi, untuk mengelakkan diri daripada berkata “jangan”, tanya diri kita, apa yang kita mahu anak kita lakukan?

Perhatikan,selepas pertanyaan tersebut dibuat, ayat kita akan berubah.

“Jangan panjat!” diganti dengan “Turun ke bawah, sayang”

“Jangan pegang!” diganti dengan “Letak balik barang itu ke tempatnya dengan berhati-hati”

Tapi….

Kita semua ibubapa. Dan kita akui bahawa betapa susahnya untuk mengelakkan diri daripada berkata JANGAN. Oleh itu, pastikan, selepas kita ter-sebut perkataan “jangan”, kita beritahu anak-anak, apakah yang harus mereka lakukan.

Beritahu mereka cara yang lebih baik yang dapat mereka lakukan atau alihkan perhatian mereka kepada aktiviti yang lain yang lebih menarik.

Contoh ayat untuk memberitahu cara yang lebih baik:

“Pandai Fatimah tolong Ummi. Sayang ambil mangkuk ini. Masukkan semua telur dalam mangkuk dan bawakan kepada Ummi”

Contoh ayat untuk alihkan perhatian mereka kepada aktiviti yang lain:

“Uzair, mari turun ke bawah, nak. Ummi masak something special untuk Uzair. Marilah ke dapur sama-sama dengan Ummi”

“Aiman, mari masuk dalam. Tak best lah main kat luar sekarang. Panas kan? Nanti petang ni bila dah sejuk sikit, Ummi bawa Aiman pergi taman permainan. Nak tak?”

Sejuk hati bila anak-anak mendengar kata-kata yang baik dan berhikmah daripada ibubapanya. Mereka bukan tidak mahu mendengar kata, tetapi, adakalanya cara kita menegur tidak sesuai dengan tahap psikologi mereka.

Mari kita istighfar kepada Allah seandainya kesilapan kata-kata kita telah membentuk kejahatan dalam diri anak-anak-anak. Mohon doa daripada Allah, agar menjadikan kita ibubapa yang soleh dan solehah.

Ibubapa yang soleh akan melahirkan anak-anak yang soleh.

InsyaAllah!

Sumber : http://anakkusoleh.com

Saturday, July 3, 2010

PENDIDIKAN PRASEKOLAH PERLU ALAMI ANJAKAN


KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pendidikan prasekolah perlu mengalami anjakan agar ia berupaya menjadi pemangkin memenuhi perkembangan kanak-kanak, bangsa dan keperluan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pendidikan prasekolah perlu bersifat futuristik seiring dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat madani.

"Masyarakat madani ini perlu berpegang kepada teras keimanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, berpandangan jauh, citra diri yang tinggi dan berdisplin.

''Masyarakat ini juga perlu mengamalkan cara hidup yang cemerlang seiring dengan penghayatan semangat 1Malaysia,'' katanya.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, hakikat ini dapat diterjemahkan melalui sistem pendidikan prasekolah yang bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan sentiasa mendepani keperluan perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Sehubungan itu katanya, guru-guru prasekolah perlu dilatih supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna seta tidak membosankan kepada kanak-kanak.

http://www.utusan.com.my

Wednesday, June 16, 2010

GURU-GURU PRASEKOLAH MERAYU ELAUN DIKAJI


“Kami guru-guru prasekolah merayu kepada Menteri Pelajaran mengkaji elaun-elaun yang sewajarnya untuk kami seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan dalam pendidikan khas”

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk dan memberi maklum balas kepada SMS “PEKA” dalam akhbar KOSMO bertarikh 11 June 2010 seperti kenyataan di atas.

Pada masa kini, semua guru yang mengajar prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menikmati bayaran gaji dan elaun atau insentif yang sama seperti mana-mana guru lain. Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), guru-guru lepasan Diploma menikmati gaji minimum RM 1,405.71 dan gaji maksimum RM 4,4497.26. Manakala bagi guru-guru lepasan Ijazah, mereka menikmati gaji minimum RM 1,474.65 dan gaji maksimum RM 5,846.38. Walaubagaimanapun, para guru tidak semestinya menerima gaji permulaan pada tangga gaji minimum kerana penetapan gaji masuk adalah berdasarkan kepada kelayakan akademik yang dimiliki.

Selain daripada gaji, para guru termasuk guru prasekolah juga menikmati pelbagai jenis elaun yang terdiri daripada elaun tetap seperti Elaun Perumahan, Elaun Khidmat Awam atau Elaun Keraian dan beberapa elaun lain mengikut syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.

Untuk makluman, pemberian elaun dan insentif dibuat berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti kepakaran, kemahiran, kepentingan sesuatu perkhidmatan, bayaran balik perbelanjaan, tanggungjawab tambahan, kos sara hidup, risiko kerja, kesusahan, galakan dan keanehan tugas atau perkhidmatan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sunday, June 13, 2010

Khasiat buah anggur kepada kanak-kanak

Kajian yang telah dilakukan menunjukkan anggur membekalkan kandungan vitamin C yang tinggi. Tambahan lagi ianya dapat membaiki tahap antioksida dalam tubuh manusia. Justeru itu, apa saja yang mengandungi bahan antioksida berupaya untuk meneutralkan radikal bebas. Oleh itu, pengambilan anggur adalah digalakkan berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi.

Menurut The George Mateljan Foundation, anggur memiliki nilai gizi yang sangat luar biasa. Tiap 100 gram anggur paling tidak 25 komponen gizi yang diperlukankan oleh tubuh.
Kajian yang telah dilakukan oleh Dr Prior menunjukkan bahawa proses metabolik untuk menghadam makanan tanpa antioksida, kecuali lemak, karbohidrat dan protein, mengakibatkan kemerosotan pada tahap kemampuan antioksida di dalam darah. Kemerosotan itu boleh dielakkan dengan mengambil buah-buahan mengandungi antioksida yang tinggi seperti buah anggurSelain menyegarkan,buah anggur juga kaya manfaat.

Nyatanya buah itu juga dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, lemah jantung dan masalah kulit. Allah Taala telah menyebut mengenai buah Anggur di dalam Al-Quran sebanyak 6 kali. Semua perkara yang berkaitan dengan buah anggur di dalam Al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hambanya

INFO: Khasiat anggur
Kandungan vitamin C yang tinggi.
Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2
Mempunyai kalori yang rendah.
Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium.
Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung

Thursday, June 10, 2010

Umur mula persekolahan direndahkan


Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), ditetapkan lebih ramai kanak-kanak akan memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah iaitu lima tahun selaras dengan amalan di negara maju.

Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah yang kurang murid bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.

Sehubungan itu kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak-kanak supaya mereka boleh berjaya.

Pendidikan prasekolah turut dijadikan fokus utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kadar enrolmen kepada 87 peratus pada tahun 2012 dan 92 peratus pada tahun 2015, berbanding sekitar 67 peratus pada masa ini.

Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan.

Dalam tempoh 2010-2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukan untuk program ini.

Sementara itu program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) akan diletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal.

Tumpuan Permata adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,5000.

Sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam RMK10.

- Bernama

Monday, June 7, 2010

Memahami pertumbuhan & perkembangan kanak-kanak


Kicker: Perkembangan awal kanak-kanak umumnya meliputi pertumbuhan dan perkembangan mereka dari sejak lahir hingga 6 tahun. Pertumbuhan kanak-kanak berlaku sejak dalam kandungan lagi. Selepas bayi lahir, pertumbuhan dan perkembangan .
Pertumbuhan
Pertumbuhan kanak-kanak diukur berdasarkan keadaan tubuh badan mereka iaitu berat dan ketinggian. Selalunya, doktor atau pegawai perubatan ada carta yang boleh dirujuk oleh ibu bapanya. Biasanya berat badan akan diukur sesuai dengan ketinggian. Hal ini akan menentukan sama ada anak berada pada tahap di bawah pertumbuhan badan normal atau kurang/lebih. Bagaimanapun, faktor lain turut diambil kira iaitu faktor genetik dan kesihatan kanak-kanak itu.
Manakala perkembangan pula meliputi 4 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif dan sosio emosi.
1. Perkembangan Fizikal
Perubahan yang berlaku dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti boleh memasukkan benang ke dalam lubang butang, melakar dan melukis.
2. Perkembangan Bahasa
Perubahan dari tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada stimulasi. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan radio.
3. Perkembangan kognitif
Keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
4. Perkembangan Sosio-Emosi
Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Kanak-kanak semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan kanak-kanak menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Terangkan kepada kanak-kanak tidak perlu menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalahnya dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

Sumber : http://www.majalahpama.com.my/kanak-kanak/artikel

Thursday, June 3, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Alor Setar





















Alhamdulillah, lawatan sambil belajar murid prasekolah dan waris ke Alor Setar berjalan sepertimana yang dirancangkan. Seramai 39 orang peserta menyertai lawatan ini. Destinasi pertama yang dituju ialah Pusat kraftangan cawangan negeri Kedah. Di situ, kami telah melalui banyak pengalaman baru dalam aktiviti program pendidikan seperti melihat cara membuat batik, membuat kertas, labu sayung dan banyak lagi. Bagi para pelajar pula, pihak kraftangan menyediakan aktiviti mewarna di atas seramik. Terima kasih kepada pihak pengurusan kraftangan terutamanya Pn. Azizah ( Bahagian Promosi) yang membimbing dan memberi penerangan yang berinformasi sepanjang di sana. Kemudiannya lawatan diteruskan dengan melawat rumah Tun Mahadhir ( Mantan Perdana Menteri), Muzium Negeri dan Pekan Rabu. Rombongan tiba di SK Seri Dusun pada pukul 6.00 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online