Umum mengetahui, bedtime story @ cerita sebelum tidur banyak memberikan impak kepada jiwa anak-anak. Ada pelbagai jenis cerita yang boleh kita ceritakan kepada anak-anak. Namun, untuk anak-anak soleh, antara cerita yang terbaik adalah kisah nabi & rasul, kisah para sahabat dan kisah orang-orang soleh.
Adakalanya saya menggunakan buku sebagai bahan bantu untuk bercerita. Dan adakalanya saya hanya bermodalkan air liur dan mimik muka sahaja. Dalam banyak2 cerita yg pernah saya ceritakan kepada anak sulung saya, saya dapati yang dia paaaling suka mendengar cerita tentang SYURGA.
Tatkala mendengar kisah syurga, mata Nabilah berkaca-kaca, senyumannya meleret sampai ke telinga. Kadang-kadang dia tertawa gembira, kerana terasa lucu mendengar persembahan cerita ibu nya.
Saya petik serba sedikit dialog, antara saya dan anak saya:
***
Saya: Nabilah nak tahu tak, dalam syurga semuanya ada..Apa sahaja yang Nabilah nak, semuanya Allah boleh bagi. Nabilah nak apa?
Nabilah: Nabilah nak nasi.
Saya: Bila Nabilah kata nak nasi sahaja, Allah swt akan bagi nasi. Ting! Nasi pun muncul. Nasi itu adalah nasi yang paaaaling sedap. Nabilah tak pernah rasa nasi sesedap itu masa di dunia. Lepas nasi, nabilah nak apa lagi?
Nabilah: Nabilah nak muffin.
Saya: Muffin?? Nabilah baru sahaja fikir nak muffin, nanti Allah swt akan hantar muffin yang saaaaangat besar untuk Nabilah. Nabilah makan sikit pun rasa dah kenyang. Bila Nabilah makan sebelah sini, rasa coklat. Makan muffin di sebelah yang lain, rasa strawberry. Seeedap sangat.
Nabilah: Nak! Nak!..Nabilah nak masuk syurga.
Saya: Dalam syurga ada baaanyak benda cantik-cantik. Di bawah syurga, ada sungai yang mengalir. Air sungai ni, kita boleh minum tau. Airnya sedap. Sedapnya tak pernah kita rasa masa kat dunia ni. Nanti kat dalam syurga, semua orang jadi muda. Tak ada orang akan tua…Dalam syurga, semua orang akan dipakaikan baju yang cantik-cantik, make-up cantik-cantik..macam princess. Best tak?
Nabilah: Best!!…Orang sembahyang boleh masuk syurga tak?
Saya: Booleh, nak masuk syurga kena jaga solat, kena baca Al Quran, kena buat taklim kat rumah, kena tolong mama, kena zikir banyak-banyak…nanti dapatlah masuk syurga.
Nabilah: Mama, syaitan ada tak kat syurga?
Saya: Syaitan tak ada. Syaitan tinggal dalam api neraka. Sebab tu, kat dunia ni, syaitan selalu kacau kita supaya buat jahat. Nanti dia ada kawan dalam api neraka. Nabilah tak nak masuk neraka, kan?
Nabilah: eiiii..tak nak! Nabilah nak masuk syurga dgn mama & ahmad.
Selepas mendengar cerita tersebut, Nabilah tak henti-henti berzikir. Saya ingatkan dia sudah berzikir sehingga tertidur, jadi saya pun tinggalkan dia di tempat tidurnya. Rupa-rupanya tidak.
Tiba-tiba, dia datang kepada saya,
Nabilah: Mama, syaitan dah lari.
Saya: Macammana syaitan boleh lari?
Nabilah : Bila Nabilah cakap, Allah Maha Kuasa, Makhluk Tak ada Kuasa.. terus dia lari. Lepas tu, Nabilah zikir banyak-banyak.
Saya: Alhamdulillah. Pandai anak mama. Nabilah anak yg solehah. Terima kasih Allah kerana bagi mama anak yg solehah ini.. (hug&kiss)
***
Kisah yang saya ceritakan kepada anak saya, rupa-rupanya bukan sahaja memberi kesan kepada dia. Tiba-tiba, hati saya berdebar-debar, rasa ter-iiingin sangat nak masuk syurga.
Subhanallah! Bila kita ceritakan kebesaran Allah swt spt syurga pada anak kita, iman kita tatkala itu akan naik setingkat lagi. Memang benar. Kerja dakwah dilakukan bukan niat untuk mengislahkan orang lain, tetapi, ternyata ia adalah untuk memperbaiki diri sendiri.
Di sini saya kongsikan beberapa ayat Quran mengenai syurga, yang boleh menyebabkan hati kita akan ber-bunga-bunga untuk memasuki syurga.
1. Surah Al Waqiah: ayat 10 hingga 40
2. Surah Al Insan: ayat 5 hingga 22
3. Surah Ar Rahman: ayat 46 hingga 78
Adakalanya, rasa mahu menangis..tatkala mengenangkan, adakah saya layak untuk memasuki syurga Allah swt. Ada satu ketika, malaikat telah berkata kepada Allah swt, “Ya Allah, setelah aku melihat syarat-syarat untuk memasuki syurga, aku takut tiada orang yang dapat memasukinya. Akan tetapi, setelah aku melihat amalan-amalan yang memagari neraka, aku takut ramai orang akan memasukkan diri ke dalamnnya” (nauzubillahi min zaalik)
Hari ini, kita bertungkus lumus untuk memajukan dunia, maka dunia kita telah maju. Hakikatnya, dunia adalah sementara, akhirat lah tempat yang kekal abadi. Marilah sama-sama kita bertungkus-lumus juga untuk akhirat, supaya akhirat kita juga akan turut maju
Rujukan : http://anakkusoleh.com/?p=153
TEMA SAYUR SAYURAN
-
Aktiviti simple je hari ni. Murid mewarna sayur-sayuran dan lable nama
sayur.
Save image yer if bermanfaat bolehlah jadikan lembaran kerja untuk anak2.
Se...
7 years ago
No comments:
Post a Comment