Apakah Guru Pra mampu mengekalkan kosentrasi yang berterusan sekiranya begitu banyak 'tugasan sampingan'?.
Guru prasekolah sememangnya mempunyai beban tugas yang berat. Waktu yang diperuntukkan adalah 4 jam sehari. Ianya bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Biasanya guru pra akan datang lebih awal lagi untuk menyambut anak-anak prasekolah dan memastikan suasana kelas yang lebih efisien. Kanak-kanak yang datang awal juga disediakan sarapan pagi oleh PPM dan dipantau oleh guru. Guru Prasekolah lazimnya mula masuk ke kelas dan bertugas pukul 7.30 pagi iaitu setengah jam lebih awal waktu yang diperuntukkannya.
Sesungguhnya guru prasekolah juga perlu berada di dalam kelas selepas 12.00 tengahari untuk memastikan semua murid telah dibawa pulang oleh ahli keluarga mereka masing-masing, demi memastikan keselamatan murid terpelihara. Tanggungjawab tersebut dilakukan oleh guru prasekolah dengan penuh ikhlas tanpa ada sungutan.
Selain itu, guru prasekolah perlu menyediakan bahan yang sesuai dan menarik untuk murid yang berlainan aras perkembangan kognitif dan juga latar belakang. Bahan pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan juga menetapkan kaedah pentaksiran yang berterusan menggunakan senarai semak, rekod anekdot dan rekod berterusan (running record).
Lantaran itu, guru prasekolah perlu menggunakan masa selepas pukul 12.00 pagi untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran, mengemaskini rekod murid serta memastikan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membersihkan kelas kerana kebersihan adalah amat penting untuk memastikan kanak-kanak kecil ini tidak dijangkiti penyakit. Justeru itu, adalah tidak wajar pihak pentadbir mengenakan guru ganti di kelas aliran perdana selepas pukul 12.00 tengahari disebabkan ketiadaan guru sama ada sakit atau berkursus. Ia selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh KPM daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, KP(PPK)800-4 Jld (57) yang bertarikh 4 Julai 2008 berkaitan beban tugas dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah.
Justeru itu, semua pihak perlu prihatin dengan guru prasekolah dan mengetahui bidang tugas mereka yang makin mencabar. Bukan senang mendidik kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun yang mempunyai pelbagai kerenah. Ada sesetengah pihak menyatakan senang mendidik kanak-kanak ini dengan disogokkan dengan 3M iaitu makan, minum dan main sahaja. Pemikiran seumpama ini adalah suatu kefahaman yang tidak bertamadun sama sekali. Akhirnya, saya menyeru semua pihak sama-sama membantu pihak prasekolah agar pendidikan di negara kita akan lebih cemerlang dan terbilang.
TEMA SAYUR SAYURAN
-
Aktiviti simple je hari ni. Murid mewarna sayur-sayuran dan lable nama
sayur.
Save image yer if bermanfaat bolehlah jadikan lembaran kerja untuk anak2.
Se...
7 years ago
No comments:
Post a Comment