Saturday, February 19, 2011

"SIT IN" UNTUK KELAS PRASEKOLAH

Perkara yang ingin saya kupas untuk entri ini ialah sekiranya guru prasekolah tidak berada di sekolah, adakah wujud "sit in" untuk kelas prasekolah tersebut? kebanyakan guru pra merungut kerana sepanjang ketiadaan mereka di sekolah belum pernah lagi guru dari kelas perdana "sit in" di kelas prasekolah. Prasekolah juga seperti kelas-kelas lain yang adakalanya guru prasekolah tidak berada disekolah. Pengajaran dan pembelajaran harus berjalan dan dilaksanakan seperti biasa.

Saya kasihan melihat kelas yang tidak ada guru prasekolah. Tambahan pula, kelas tersebut terpaksa diambil alih oleh PPM prasekolah itu sendiri. PPM banyak tugas lain yang perlu dibuat. Seandainya sesuatu terjadi kepada kanak-kanak pra, siapa yg harus dipertanggungjawabkan?. Maka disini barulah semua pihak membuka mata adalah sangat pentinglah "sit in" jikalau guru pra tiada kerana pergi berkursus atau menghadiri taklimat atau bengkel.

saya pun kadang-kadang sedih dengan situasi seperti ini. kalau guru tiada, yang jadi mangsanya ialah PPM. Sebenarnya PPM tidak boleh mengajar. Mereka hanya ditugaskan untuk membantu guru sahaja. Sebabnya, PPM ini tidak ada lesen untuk mengajar dan tidak ada kursus yang khas untuk mengajar.

Justeru itu, pihak pentadbir sekolah perlu lebih prihatin akan hal ini. Mengenai "sit in", ia sepatutnya dilaksanakan oleh pihak pentadbir. bukannya atas dasar budi bicara lagi. Semua pentadbir telah diberi taklimat dalam hal ini, tapi malangnya perkara ini tetap dianggap enteng dan boleh diselesaikan sendiri oleh warga prasekolah itu sendiri. Kerjasama pihak pentadbir amatlah diharapkan supaya kanak-kanak prasekolah akan mendapat pendidikan yang sempurna dan dapat membentuk masyarakat rabbani pada masa datang…..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online