Saturday, January 29, 2011

Mainan Selamat Untuk Kanak-Kanak – Tips

Tips untuk memilih permainan yang selamat terutama bagi bayi dan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun ialah :
* Pastikan mainan yang dibeli tidak mudah tanggal dan patah terutama dari kesan hentakan dan tarikan. Periksa bahagian mainan seperti hidung, mata (bagi anak patung atau teddy bear) dan bahagian yang bercantum dilekatkan dengan kuat dan tidak mudah tanggal. (mainan anak patung tidak sesuai untuk orang Islam, dikatakan syaitan suka pada patung dan malaikat pula tidak masuk kepada rumah yang ada patung)

* Elakkan dari memberikan bayi mainan yang bertali. Anda boleh bayangkan sendiri kalau tali tu terbelit kat leher atau tangan bayi.
* Elakkan dari membeli mainan yang dibuat dari plastik yang nipis kerana ia mudah patah dan pecah. Biasanya mainan macam ni bila dah patah, bahagian yang patah tu tajam dan boleh melukakan bayi.
* Jika anda membeli mainan yang boleh dipicit atau ditekan untuk mengeluarkan bunyi, pastikan ia lebih besar dari mulut bayi anda. Almaklumlah budak-budak suka masukkan barang dalam mulut. Kalau mainan tu besar payah lah dia nak sumbat dalam mulut.
Bahan yang diguna membuat mainan pula , kena pastikan terdiri dari bahan selamat, tidak ada toksik, tidak mudah luntur warna, tidak cair, tidak patah, tidak memberi kesan sampingan pada tangan atau kulit bayi anda
Jangan membeli mainan yang ada lubang, kerana bayi akan masuk jari ke lubang mainan, nanti jari akan terlekat pula dan ini berlaku pada anak saya
* Akhir sekali, jangan biarkan bayi bermain sendirian. Pastikan ada orang dewasa disisi bayi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini.

Sumber : http://cpintrass.com/blog/bayi/mainan-selamat-untuk-kanak-kanak-tips/.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online