Thursday, September 24, 2009

GOTONG-ROYONG


Tajuk Program : Program Gotong Royong
Pengenalan :
Program gotong royong merupakan satu alternatif bagi membersihkan sesuatu kawasan. Dengan kerjasama semua pihak termasuk pengurusan sekolah dan penglibatan komoniti luar. program ini dirasakan sesuai untuk dilaksanakan bagi memastikan keceriaan kawasan sekolah sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif tentu sekali dapat menyumbang kepada proses pendidikan yang mampan.
Oleh demikian, penglibatan semua pihak dalam program ini dapat memberikan pendedahan bagaimana cara untuk memelihara keceriaan fizikal prasekolah dapat ditingkatkan. Keselesaan dan kecantikan prasekolah akan meningkatkan lagi suasana dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Objektif :
Dengan adanya Program Gotong Royong ini diharapkan akan dapat:
1) memberikan kesedaran terhadap diri tentang kepentingan mengurus alam sekitar dengan baik.
2) mewujudkan silatulrahim antara pihak guru dengan komuniti dalam memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah sebagai satu tempat pembelajaran yang kondusif.
3) mewujudkan budaya memelihara dan memuliharaan alam sekitar sebagai satu kewajipan semua pihak.

Tarikh : 06 Julai 2009
Hari : Isnin
Masa : 08.30 pagi – 4.30 petang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online