PENGENALAN:
Program bersama Pusat Kesihatan Sik bertujuan untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada murid-murid prasekolah dari masa ke semasa tentang pengetahuan dan kemahiran berkaita tahap kesihatan. kebersihan diri dan kebersihan persekitaran amat penting bagi setiap individu dan perlu perhatian yang serius. Penyampaian maklumat kesihatan dan pemeriksaan berkaitan kebersihan telinga, kulit (kudis), rambut, kuku, mata dan sebagainya perlu dilakukan agar murid sedar peri pentingnya menjaga kesihatan secara berterusan
OBJEKTIF:
•Meningkatkan pengetahuan pelajar sekolah dalam penjagaan asas kebersihan dan kesihatan.
•Meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam amalan asas kebersihan dan kesihatan.
•Mewujudkan hubungan yang baik antara pihak prasekolah dengan komuniti seperti kakitangan kesihatan Sik
Tarikh : 19 Julai 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Pra Seri Dusun
No comments:
Post a Comment