Wednesday, November 18, 2015

TERIMA KASIH SERI DUSUN

Setelah 6 tahun mengendalikan blog Pra Seri Dusun, admin terpaksa mengundur diri kerana terpaksa berpindah ke sekolah baharu. 6 tahun berada di SK Seri Dusun rasanya begitu cepat masa berlalu. Admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir yang sentiasa memberi tunjuk ajar yang berguna dan bermanfaat terutamanya dalam bidang pengurusan. Kepada warga pra sekolah SKSD, admin begitu senang bertugas bersama kalian. Banyak membantu dan bekerja dalam satu pasukan. Mantapkan lagi pengurusan pra agar lebih berdaya maju. Kepada guru-guru dan staf SKSD, admin memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang tersalah dan tersilap sepanjang berada di SKSD. Admin banyak belajar dengan guru-guru SKSD yang hebat-hebat belaka. Admin berharap blog ini akan dapat diteruskan oleh pengendali yang akan menggantikan admin pada masa depan.

Harum semerbak si bunga melur,
Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur,
Setulus ingatan mengimbau kenangan.

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah daku meratap pilu.

Kicak kicau mendayu-dayu,
Tumbuh berangan di hujung desa,
Sebak di dada pilu di kalbu,
Sejuta kenangan segunung jasa.

Terbang melayang sianak kedidi,
Tersenyum kenari berteman merpati,
Bonda tersayang menabur budi,
Kami di sini meraih bukti.

Cantik tergubah bunga melati,
Merimbun celagi di tengah belukar,
Pandan Indah tempat berbakti,
Melangkah pergi amatlah sukar.

Mekar segar pohon dedalu,
Dililit pula dedaun pepaku,
Sepuluh tahun pantas berlalu,
Kutahu hidupmu penuh berliku.

Bunga cempaka menghias jemala,
Tepian selasih mengharum kekwa,
Suka duka kau himpun segala,
Dalam bersedih engkau tertawa.

Mekar memutih pohon pedada,
Melambai puding di pinggir rawa,
Alangkah sedih nasibmu bonda,
Telunjuk dituding menusuk ke jiwa.

Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.


Ikhlas dari:
Farid

Thursday, August 6, 2015

HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015; bertarikh 29 Disember 2014. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;

a.            Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b.            keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti. Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja. Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul  dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.

Terima kasih.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
6 Ogos 2015

Sunday, August 2, 2015

KEJOHANAN FUNBALL PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH BALING SIK


Kejohanan 'Funball' prasekolah peringkat daerah Baling Sik tahun 2015 akan di adakan pada:
     Tarikh : 5 Ogos 2015
     Tempat : Padang SK Kampung Sadek
     Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Senarai pasukan yang mewakili zon ke Kejohanan 'Funball' prasekolah peringkat daerah Baling Sik ialah:
Zon Baling 
1. SK Tunku Putera
2. SK Baling
Zon Kuala Pegang
1.SK Syed Sheh
2. SK Tawar
Zon Kula Ketil
1. SK Kuala Ketil
2. SK Teloi Timur
Zon Sik
1. SK Sik Dalam
2. SK Gulau
Selamat berjaya.


Saturday, July 25, 2015

PERMOHONAN PRASEKOLAH SK SERI DUSUN 2016


Adalah dimaklumkan permohonan kemasukan murid ke Program Pendidikan  Prasekolah KPM Tahun 2016 telah dibuka mulai 15 Jun 2015 hingga 7 Ogos 2015 secara manual. Ibu bapa yang berminat yang tinggal sekitar SK Seri Dusun boleh mendapatkan borang permohonan di kelas prasekolah sebelum 7 Ogos 2015. Permohonan dibuka hanya kepada kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2012.

Monday, June 29, 2015

GURU SARJANA, PHD GAJI LEBIH TINGGI



PUTRAJAYA 9 Jan. - Guru-guru baharu yang mempunyai kelulusan sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) akan menikmati gaji permulaan lebih tinggi bagi gred DG41 iaitu tambahan RM715 dan RM1,022 berbanding guru berkelulusan ijazah sarjana muda.
Sistem gaji baharu itu berkuat kuasa mulai 1 Januari lalu dan telah dimaklumkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 40/2013 yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (gambar) bertarikh 16 Disember lalu.
Menurut pekeliling tersebut, guru-guru berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan menerima gaji permulaan mereka pada gred DG41 iaitu RM2,018.52.
Namun, guru yang berkelulusan sarjana serta Diploma Pendidikan, gaji permulaan pada gred DG41 adalah RM2,733.98 iaitu pertambahan sebanyak RM715.
Bagi guru yang mempunyai kelulusan Ph.D serta Diploma Pendidikan pula gaji permulaannya pada gred DG 41 pula sebanyak RM3,040.60.
Bagaimanapun, menurut pekeliling itu, bagi guru-guru berkelulusan ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang pendidikan atau ijazah sarjana muda (kepujian) dalam bidang berkaitan serta Diploma Pendidikan, gaji permulaan pada gred DG41 yang ditawarkan ialah RM2,222.94.

Utusan Malaysia: 10 Januari 2014

Saturday, June 27, 2015

KANAK-KANAK DAN RAMADHAN




 Alhamdulillah. Sedar tak sedar kita sudah masuk hari ke 11 Ramadhan. Masa begitu cepat berlalu. Sepanjang bulan Ramadhan ini ajarlah anak-anak didik prasekolah kita berpuasa. Terutama kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Kalaupun mereka tak mampu untuk berpuasa sehari separuh haripun kira ok dah. Tujuannya adalah untuk mereka melatih diri untuk menunaikan salah satu kewajipan rukun islam.  Kesian melihat kanak-kanak berpuasa ni. Macam-macam ragam dan telatah mereka yang ditunjukkan. Tapi janganlah pula memaksa sekiranya mereka tidak berdaya dibimbangi akan memberi kemudaratan kepada mereka. Ok selamat berpuasa semua.

Monday, November 18, 2013

VIDEO HARI ANUGERAH GEMILANG SK SERI DUSUN 2013



Video Hari Anugerah Gemilang SK Seri Dusun Tahun 2013.

Saturday, November 16, 2013

HARI ANUGERAH GEMILANG SK SERI DUSUN 2013












Hari :Selasa
Tarikh : 12 November 2013
Masa : 8.00 Pagi

Thursday, October 31, 2013

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH ZON SIK TAHUN 2013



Majlis: Konvokesyen Prasekolah Zon Sik Tahun 2013 Hari : Khamis Tarikh : 31 Oktober 2013 Tempat : Dewan Seri Bestari SK Beris Jaya

Thursday, October 17, 2013

MAJLIS KENDURI HARI RAYA AIDULADHA SK SERI DUSUN

Hari : Khamis Tarikh : 17 Oktober 2013 Tempat : Tapak perhimpunan SKSD

Thursday, September 26, 2013

Tuesday, August 27, 2013

TEMA DAN LOGO HARI KEMERDEKAAN YANG KE 56




Setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan negara tercinta yang jatuh pada 31hb Ogos . Tema bagi Hari Kemerdekaan Malaysia ke 56 ialah ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’  .
Tema kali ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa.
Ianya bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara.
Konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.
Selain itu, Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.
Acara lain termasuk perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka melibatkan persembahan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM juga akan mengisi acara pada sambutan hari kemerdekaan nanti.
Tahun  2013 sangat  istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia dan sempena itu, negeri Sabah dan Sarawak akan mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di laman web www.malaysiamerdeka.gov.my.

Sunday, August 25, 2013

Tuesday, May 14, 2013

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru dari Warga Prasekolah SK Seri Dusun.

Thursday, March 7, 2013

VIDEO LAWATAN KE PULAU PINANG

Untuk tontonan semua, saya ada uploadkan video lawatan sambil belajar Prasekolah ke Pulau Pinang




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online