Rakan-rakan sekelian,
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga sahaja, malah lebih daripada itu. Ia merupakan satu jihad yang dapat mentarbiah diri daripada anasir kejahatan dan mendidik diri ke jalan yang diredai Allah. Moga Ramadhan tahun ini dapat menyinari semula hati yang kian pudar dan dapat menyerlahkan keimanan yang lebih tebal agar dapat mematahkan nafsu kejahatan yang membelenggu kita selama ini.
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Rakan-rakan sekelian,
Bulan Ramadhan ini adalah Universiti yang melatih diri agar lebih berdisiplin Walaupun kita lapar dan dahaga sepanjang Ramadhan namun ingatlah bahawa Allah S.W.T sudah tentu tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Jadi kita perlu menilai semula amalan yang telah kita lakukan dan sekiranya dirasai kurang maka perlulah diperkasakan keimanan kita.
Selamat Berpuasa
Wasalam