Sunday, June 26, 2011

ADAB NAIK KENDERAAN

Di antara adab-adab yang baik yang perlu diperhatikan semula ketika menaiki kenderaan awam:

1)Menaiki kenderaan sebaiknya dengan kaki kanan dahulu

2)baca Basmalah dan doa naik kenderaan serta berdoa untuk mencari kebaikan dan ketakwaan agar Allah menghindarkan pemandangan buruk dalam perjalanan, kesusahan perjalanan dan memendekkan jauhnya perjalanan itu. Ada doa khas dari sunnah untuk maksud ini-

الله اكبر x3

سبحان الذي سخرلنا هذا وما كنا له مقرنين .وانا الى ربنا لمنقليبون

اللهم انا نسألك فى سفرنا هذا البر والتقوى و من العمل ماترضى
اللهم هون علينا سفرنا هذا وطوعنا بعده

اللهم انت الصاحب فى السفر والخليفة فى الأهل
اللهم انى أعوذبك من وعثاء السفر وكأبة المنظر وسوء المنقلب فى لأهل والمال

Allahu Akbar 3X,

Subhanallazi sakharolana haza wama kunna lahu muqrinin, wainna ila rabbina lamunqolibun.

Allahumma inna nasaluka fi safarina haza albirra wa taqwa wamin 'amali ma tardho

Allahumma hawwin 'alaina safarana haza watwu 'anna bu'dahu .

Allahumma antas sohibu fis safari walkholifatu fi ahli

Allahumma inni 'auzubika min wi'sa is safari, wa kaabatil manzhori, wa suuil munqolabi fil ahli wa mali.

3)Jika kita dapat tempat duduk dan ada golongan tua,wanita mengandung,OKU dan kanak-kanak kecil maka berilah tempat duduk kepada mereka dengan sopan santun.

4)Adalah amalan yang baik sekiranya golongan lelaki memberikan tempat duduk kepada kaum wanita sebagai memuliakan mereka,kecuali jika terlampau ramai wanita berdiri,jadi untuk mengelakkan tersinggul adalah lebih baik kita duduk

5) Kaum wanita sebaiknya duduk bersebelahan dengan kaum wanita dan begitu juga kaum lelaki.Jika kaum lelaki duduk bersebelahan dengan kaum wanita dan ada juga orang lain sebegitu maka adalah lebih terhormat jika minta tukar tempat duduk supaya wanita bersama wanita dan lelaki bersama lelaki terutama di dalam bas ekspres/kapal terbang yang panjang masa perjalanannya. Ini adalah untuk kebaikan kamu umat Islam supaya tidak diperdaya syaitan dengan bisikan-bisikannya

6)Apabila di dalam bas banyak tempat kosong maka adalah lebih baik kaum wanita duduk bersebelahan kaum wanita daripada duduk di tempat kosong yang lain kerana dikhuatiri nanti naik kaum lelaki duduk bersebelahan maka boleh jadi kamu dapat dosa kerana duduk bersentuhan atau tersinggung ketika keluar masuk tempat duduk.Yang hairannya ada kaum wanita lebih suka duduk di sebelah lelaki dari duduk di sebelah perempuan. Ketahuilah kaumHawa harga dirimu bertambah apabila pergaulan kamu dengan lelaki seperti di bawah:

Semakin kurang bergaul dengan lelaki --------harga diri bertambah ^
Semakin tidak segan kepada lelaki --------harga diri berkurang

7)Jika ada yang membuat maksiat di dalam kenderaan awam maka adalah wajar jika konduktor,pemandu atau penumpang lain menegur pasangan berkenaan supaya takut kepada Allah atau pasang cd alquran atau ceramah agama. Jika tidak mampu juga berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada mereka

8)Jika syarikat kenderaan awam membuat ruangan khas untuk penumpang wanita maka duduk di ruangan khas bagi wanita adalah salah satu sifat yang menunjukkan kamu ada kemuliaan diri

9)Bacalah buku agama,quran atau lain-lain bahan bermanfaat dalam perjalanan.

10)Jika kamu berduaan sahaja dengan pemandu teksi/bas bukan Islam atau bersebelahan tempat duduk dengan penumpang bukan Islam , cubalah dakwahnya kepada Islam.Kalau tidak bersedia seperti penat,sakit dan sebagainya berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada mereka. Jika kamu tidak pandai berdakwah berdoalah agar ada ulama membuat kursus dakwah atau jemaah dakwah baru yang lebih baik dari jemaah sedia ada.

11)Bersyukur kepada Allah ketika sampai dengan selamat. Ada juga doa dari sunnah ketika sampai dari perjalanan iaitu Aaibuuna, Taaibuuna ,'aabiduuna lirabbina haamiduna. (aa menunjukkan bacaan panjang)

http://noordillawahina.blogspot.com/2010/12/adab-menaiki-kenderaan.htmlaa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online