Tuesday, October 19, 2010

SERI DUSUN GEMILANG



Siji-sijil Pengiktirafan

HALA TUJU KEPIMPINAN
SK Seri Dusun terletak di kawasan luar bandar dalam Daerah Sik salah sebuah daerah yang terpencil dari pembangunan telah berjaya mengukir nama di peringkat kebangsaan. Julung-julung kali sekolah rendah luar bandar berjaya mengukir nama di peringkat kebangsaan. Komitmen tinggi di kalangan pentadbir, guru, staf sokongan, ibubapa dan komuniti setempat telah berjaya mengukir nama SK Seri Dusun sebagai;
1. Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan 2004
2. Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Peringkat Kebangsaan 2005
3. Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007
4. Calon Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan

Beberapa tips hala tuju kepimpinan sebagai resepi kejayaan dikongsi bersama kepada sesiapa yang berminat untuk membawa kejayaan kepada sekolah.

Visi, Misi Sekolah :

Visi dan Misi digubal secara bersama oleh pihak pengurusan sekolah dengan mengambil kira keperluan dan kemampuan organisasi untuk merialisasikan budaya cemerlang. Kefahaman seluruh warga SK Seri Dusun terhadap visi dan misi telah banyak membantu kejayaan sekolah dalam pelbagai bidang.

Kepimpinan

Kepimpinan menjurus kepada “smart interpersonal relationship networking” telah membuka ruang kepada semua warga SK Seri Dusun untuk lebih kreatif dan berinovasi di samping meningkatkan esteem kendiri dan menyerlahkan rasa sepunya. Pelbagai kaedah digunakan bagi memupuk budaya sepunya dan meningkatkan kualiti kerja.

Struktur Organisasi Sekolah

Struktur Organisasi di sebarkan dan dipamerkan untuk penghayatan seluruh warga SK Seri Dusun. Setiap ahli organisasi memahami bidang tugas dan lengkaran amanah yang perlu disempurnakan.

Perancangan

Perancangan strategik 5 tahun dibuat. Perancangan strategik tahun semasa juga di buat bagi memudahkan kesepaduan kerja dan perlaksanaan secara sistematik. Perancangan sentiasa mengambil kira pelan taktikal dan KPI yang perlu dicapai.

Iklim

Semua staf diberikan kebebasan tanpa mengenepikan garis panduan dan pekeliling yang sedia ada. Disiplin kerja dipupuk bersama motivasi dan ganjaran yang selalu diberikan. Waris selalu dilibatkan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

Pengurusan dan pembangunan sumber.

Pengurusan sumber meliputi aspek perkhidmatan, kewangan, pejabat, bangunan dan alatan dan bahan diurus dengan baik dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Pengurusan Program Kurikulum/ KoKurikulum/ HEM

Program Kurikulum/ KoKurikulum/ HEM dirancang dengan teliti secara musyawarah. Takwim aktiviti dibuat dan perlaksanaan mengikut jadual yang ditetapkan.Sasaran pencapaian sentiasa diutamakan di samping penganugerahan dan pengiktirafan diberikan. Sediakan laporan setelah aktiviti dijalankan.

P&P

Buku RPM guru dilengkapkan dengan memastikan jadual waktu, rancangan harian dan mingguan dibuat. Sukatan dan huraian sukatan disediakan. Pengajaran guru mengikut pelbagai kaedah terkini bersama ABM & ABB yang mencukupi. Latihan dan semakan buku latihan dibuat. Tindak ikut pelajar bermasalah dibuat. Guru bertindak sebagai pemudah cara.

Pembangunan Sahsiah

Pelajar diberikan tugas dan peranan yang sewajarnya disamping pelbagai peluang diberikan. Pengiktirafan dan ganjaran selalu diberikan kepada mereka. Penghayatan nilai murni selalu dibuat bagi mengatasi masalah disiplin.

Penilaian Pencapaian Murid

Dibuat secara adil menerusi ujian dan peperiksaan yang mana keputusan direkodkan. Sahsiah pelajar dinilai dengan baik dan lebih proaktif. Post mortem sentiasa dilakukan untuk peanambahbaikan.

Kemenjadian murid

Kurikulum - peningkatan dalam peperiksaan dalaman dan peperiksaan awam iaitu UPSR dari tahun 2003 hingga 2008.
HEM – Peningkatan disiplin pelajar dan pembentukan sahsiah murni seringkali diamalkan
Ko Kurikulum – Pencapaian dalam bidang permainan ,kelab persatuan dan unit berunifom di peringkat daerah dan negeri.

Kokurikulum

Penglibatan dengan jayanya kokurikulum 2002-2008 contohnya Sahsiah – pelajar lebih berdisiplin dalam aktiviti yang dilakukan. Kurang membuang sampah, menghormati, bermotivasi, rajin, proaktif, cergas dan pintar.

Rumusan

Warga SK Seri Dusun semakin mantap dengan budaya kerja yang mengaplikasikan Smart Kreatif Sistematik dan Dinamik. Halatuju yang jelas telah menyepadukan pelbagai usaha daripada pelbagai sumber untuk menjana kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Dusun. Plan Tindakan SKSD Maju 2008 banyak membantu menyemarakkan semangat warga SKSD untuk lebih dinamik dan bakal merealisasikan SK Seri Dusun sebagai sekolah ternama dalam Negara Malaysia.

Realiti

2004 Johan Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar

2005 Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar

2007 Anugerah Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar

RUJUKAN : http://gbseridusun.blogspot.com/2009/11/seri-dusun-gemilang.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online