Friday, October 23, 2009

PEMBESTARIAN PEMAKANAN PRASEKOLAH




- Murid boleh makan secara berkumpulan yang kecil supaya mereka boleh berinteraksi dengan lebih baik.
- Aspek pemakanan amat penting dan perlu dititik berat. Kanak-kanak perlu makan makanan yang mengandungi protein, sayur, serat dan vitamin seperti yang ditunjukkan carta piramid makanan diatas
- Untuk tujuan membestarikan pemakanan, guru dan PPM boleh membuat demontasi memasak secara life dihadapan kanak-kanak dan meminta mereka membantu. Perlu diingat aspek keselamatan perlu diutamakan.
- Penghayatan nilai-nilai islam perlu diterap dikalangan kanak-kanak bagi adab makan dan doa makan. Terangkan kepada mereka adap-adap makan cara yang disaran oleh Agama Islam.
- Contoh makanan yang tidak sihat seperti nasi basi, keropok, coklat perlu diperjelaskan implikasinya kepada kanak-kanak. Guru boleh mengajar kanak-kanak cara melihat dan mengenalpasti tarih luput pada makanan terutama yang disediakan di dalam tin.
- Beberapa aktiviti yang fikirkan sesuai dalam mauduk pembestarian pemakanan seperti :
a. Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan yg digemari dan berbual mengenainya
b. Melukis dan mewarnakan gambar bagi menghasilkan buku skrap dan bercerita mengenainya
c. Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan yang digemari
d. Membentuk makanan daripada doh
e. Menyedia dan mengemas tempat makan
f. Main peranan atau lakonan
g. Kanak-kanak menceritakan semula aktiviti memasak diselang seli dengan soalan guru
h. Nyanyian atau nasyid berkaitan makanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online