Friday, March 12, 2010

Panduan keselamatan di bilik air


Bilik air boleh membawa duka
KES kanak-kanak lemas dalam baldi di bilik air harus dijadikan iktibar kepada ibu bapa. Ini kerana bilik air boleh menjadi tempat berbahaya jika dibiarkan kanak-kanak bawah usia enam tahun bermain atau mandi sendirian kerana mereka boleh lemas atau jatuh kerana licin.
Berikut adalah panduan keselamatan di bilik air:
# Pastikan jubin bilik mandi jenis tidak licin. Banyak kecederaan patah tulang dan terseliuh disebabkan terjatuh.
# Pastikan semua tempat simpanan air ditutup selepas digunakan kerana kanak-kanak boleh terjatuh ke dalamnya dan lemas. Mereka boleh lemas di dalam air yang sedikit di dalam baldi, walaupun ia hanya sedalam 15 - 30 sentimeter.
# Bayi dan kanak-kanak kecil yang dimandikan tidak boleh ditinggalkan sendirian, walaupun sekejap. Mereka mungkin jatuh tertonggeng dan lemas. Bawa bayi anda bersama jika anda terpaksa mengalih perhatian kepada sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa.
# Jangan sekali-kali mandikan anak kecil di dalam sinki kerana ini boleh menyebabkan kepala mereka terhantuk pada tepi sinki dan akan berlaku retak tempurung kepala atau pendarahan otak.
# Kanak-kanak harus dimandikan di dalam besen di atas lantai supaya mereka tidak mudah jatuh.

Sumber:Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online