Thursday, September 24, 2009

BERSAMA PUSAT KESIHATAN SIK




PENGENALAN:
Program bersama Pusat Kesihatan Sik bertujuan untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada murid-murid prasekolah dari masa ke semasa tentang pengetahuan dan kemahiran berkaita tahap kesihatan. kebersihan diri dan kebersihan persekitaran amat penting bagi setiap individu dan perlu perhatian yang serius. Penyampaian maklumat kesihatan dan pemeriksaan berkaitan kebersihan telinga, kulit (kudis), rambut, kuku, mata dan sebagainya perlu dilakukan agar murid sedar peri pentingnya menjaga kesihatan secara berterusan
OBJEKTIF:
•Meningkatkan pengetahuan pelajar sekolah dalam penjagaan asas kebersihan dan kesihatan.
•Meningkatkan kemahiran pelajar sekolah dalam amalan asas kebersihan dan kesihatan.
•Mewujudkan hubungan yang baik antara pihak prasekolah dengan komuniti seperti kakitangan kesihatan Sik
Tarikh : 19 Julai 2009
Hari : Ahad
Masa : 9.45 pagi
Tempat : Pra Seri Dusun

GOTONG-ROYONG


Tajuk Program : Program Gotong Royong
Pengenalan :
Program gotong royong merupakan satu alternatif bagi membersihkan sesuatu kawasan. Dengan kerjasama semua pihak termasuk pengurusan sekolah dan penglibatan komoniti luar. program ini dirasakan sesuai untuk dilaksanakan bagi memastikan keceriaan kawasan sekolah sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif tentu sekali dapat menyumbang kepada proses pendidikan yang mampan.
Oleh demikian, penglibatan semua pihak dalam program ini dapat memberikan pendedahan bagaimana cara untuk memelihara keceriaan fizikal prasekolah dapat ditingkatkan. Keselesaan dan kecantikan prasekolah akan meningkatkan lagi suasana dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.

Objektif :
Dengan adanya Program Gotong Royong ini diharapkan akan dapat:
1) memberikan kesedaran terhadap diri tentang kepentingan mengurus alam sekitar dengan baik.
2) mewujudkan silatulrahim antara pihak guru dengan komuniti dalam memastikan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah sebagai satu tempat pembelajaran yang kondusif.
3) mewujudkan budaya memelihara dan memuliharaan alam sekitar sebagai satu kewajipan semua pihak.

Tarikh : 06 Julai 2009
Hari : Isnin
Masa : 08.30 pagi – 4.30 petang

CERDAS MINDA


Aktiviti Cerdas Minda prasekolah Daerah Baling Sik di adakan buat kali kedua pada tahun 2009 ini. Ianya dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik. Aktiviti ini dinamakan program cerdas Minda Prasekolah. Ia bertujuan memberi peluang kepada murid-murid prasekolah menimba pengalaman di samping menghargai kebolehan, bakat dan kemahiran yang mempunyai potensi berbeza-beza.
Pencapaian Pra SK Seri Dusun: Johan acara mengumpul bola

SAMBUTAN HARI JADI

Majlis sambutan hari lahir ini bertujuan untuk menyambut kelahiran murid-murid prasekolah yang lahir dari bulan Januari hingga Jun. Seramai 17 orang murid yang terlibat dalam sambutan hari lahir ini yang terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan yang masing-masing berusia 5 dan 6 tahun. Murid-murid tersebut ialah:
1. Nur Aimie Hafiza bt. Mohamad Asri
2. Nurina Azmina bt. Md. Idris
3. Khairunisa bt. Md. Yusuf
4. Zuliskandar b. Zulkifli
5. Muhammad Azmil b. Abidin
6. Muhammad Syarizuan Akmal b. Hashim
7. Mohammad Shahidan b. Yahaya
8. Siti Aisyah bt. Sabri
9. Siti Aisyah bt. Abd. Razak
10. Nurul Syazwani bt. Mohd Fuad
11. Aidil Ikhwan b. Ismail
12. Muhammad Aliff b. Hakimi
13. Muhammad Syauqi b. Mat Razali
14. Muhammad Nazri b. Mohd. Suib
15. Fatin Najwa bt Mohd. Mokhtar
16. Nur Ainina bt. Lazim
17. Muhammad Haziq b. Zamzuri

SUKANEKA PRA SKSD


Tajuk Program : Program Sukaneka Prasekolah
Pengenalan :
Pelaksanaan Hari Sukaneka ini mempunyai rasional yang tersendiri iaitu untuk memberi peluang kepada kanak- kanak menonjolkan bakat dan potensi dalam aktiviti sukan di prasekolah dan di sekolah kelak.Juga bertujuan melibatkan ibu bapa dan kanak-kanak dalam aktiviti di prasekolah serta mengeratkan hubungan dan kerjasama antara guru prasekolah. Selain itu ia juga memberi peluang penglibatan kepada guru prasekolah dalam menimba pengalaman dan kemahiran dengan aktiviti yang dilaksanakan..

Objektif :
Dengan adanya Program Bijak Membaca ini diharapkan akan dapat:
1. Mewujudkan kerjasama antara kanak-kanak prasekolah.
2. Menyerlahkan semangat kesukanan di kalangan kanak-kanak.
3. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan dalam beraktiviti.
4. Melibatkan dan membiasakan diri dengan pelbagai acara sukaneka. .

Masa : 8.30-12.00 Tengahari
Hari : Isnin
Tarikh: 16 Feb 2009

PROGRAM BIJAK MEMBACA






Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.. anak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi baca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Sehubungan itu, guru prasekolah SK Seri Dusun mengambil inisiatif untuk membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dari peringkat umur lima dan enam tahun. Buku Bacalah Anakku menjadi bahan asas dan panduan untuk memastikan kanak-kanak prasekolah SKSD boleh membaca dengan baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online